entry kali ni kitorg nk borak pasal cukur jambul vs akikah..u ols taw x cukur jambul tu cam mane?..jom kongsi sikit...
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan
sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan
kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan
selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga
dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama
Hindu.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan
sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang
dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis
hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana
yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

shw.hafiyilham.fotopages.com |
Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu
amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan
tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi
apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.
dipetik dari : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1640.0
ok..tu die serba sedikit perkongsian tentang amalan sunnah bercukur dan adat cukur jambul..dan sepertimana sunnah Rasullah s.a.w..kitorg pun mencukur rambut hani sehingga botak..nak taw sape yg cukur??...hehehehhee..semestinya lah daddy!!..mula2 memg takot nk cukur,mklumlah..kepala baby kan masih lembik..tp daddy tetibe je jd berani..huhu..
![]() |
sebelum botak..ayu nyerr... |
![]() |
selepas itu...comeyyy...hihiiii |
AKIKAH / AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk
anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.
Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.
Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud).
Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
Daging aqiqah sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.
Daging aqiqah sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.
ini la kambing yang telah disembelih untuk akikah Hani.. |
kertas yg ditulis nama Hani terkena percikan darah kambing..hihii |
Alhamdulillah..semua amalan sunnah menyambut kelahiran Hani telah selamat dan selesai dijalankan..semoga Hani menjadi anak yang solehah, bijak, sihat dan sentiasa diberkati Allah...amin..
No comments:
Post a Comment